aku hanya nak berkongsi sikit pasal perkataan "INDIE".....sbb aku still jumpa ada org yg masih tak pasti apa tu maksud indie....jadi aku nak berkongsi apa yang patut org yang tak tahu tu tahu dan apa yang aku tau,aku bgtau....
kita pun tau skang ni mmg zaman kebangkitan muzik malaysia yang diketuai oleh indie band...tapi apa tu indie??
indie mempunyai 2 maksud....hanya 2 maksud ni sajalah yang membawa maksud indie....dah takde maksud lain dah....
no 1, indie tu bermaksud independent....kenape independent??sbb dari jamming sampailah ke kulit ep atau album, semuanya dilakukan sendiri....dalam erti kata lain mengeluarkan duit sendiri....tak mengharapkan recording company apa2 untuk support duit recording kita.....kumpul duit bagai nak rak sbb nak recording,pinjam duit family, buat promosi sendiri dan sebagainya....jadi dgn itu,wujudlah istilah indie band....band yang bergerak sendiri....kalo sebelum ni mmg tak wujud langsung istilah indie band ni...tapi org panggil band underground....band underground dan indie band membawa maksud yang sama cuma keadaan berubah mengikut zaman dan peredaran masa....kalau dulu,band underground ni memang tak masuk tv,tak masuk radio,tak masuk magazine (tapi masuk zine....zine dan magazine tu lebih kurang sama peranannya tapi berbeza...paham tak???) dan yang paling penting takde myspace....hehehe (ada email je....) kiranya memang betul2 underground laa....dan band underground jugak buat semuanya sendiri....guna duit sendiri semua laa....dan ada term utk benda tu iaitu DIY atau bermaksud Do It Yourself (tapi zaman skang dh tak gunakan term tu)....tapi zaman sekarang ni kalo indie band sell out tak menjadi masalah....kalo dulu dah kena f**k dah (hanya segelintir golongan itu) kalo sell out ni....tapi mcm aku ckp tadi...perubahan mengikut peredaran masa.....jadi kesimpulan utk maksud indie yang no 1 ni,tak kira music apa yang band tu main,hardcore ke,punk rock ke,dangdut ke, selagi dia membuat semuanya sendiri, dia tetap dipanggil indie band...ok!kita pegi ke maksud no 2 indie tu....
no 2....maksud indie itu adalah salah satu nama genre music yang ada kat dunia ni....music indie....music indie ni dalam erti kata lain music yang easy listening,muzik yang happening.....contohnya mcm weezer dan OAG....dalam music indie tu sendiri pun ada byk cabang....indie rock,indie pop dan beberapa lagi...jadi sgt berbeza kan maksud indie ni??kalau dulu,org tanya, "band ko main muzik apa?" "band aku main muzik indie"....tapi xde konflik pape akan ada sbb xwujud lagi istilah "indie band"....tapi kalau zaman sekarang org tanya soalan yang sama dan jawapan yang sama,mngkn akan timbul sedikit konflik sbb mngkn org yang tanya soalan tu akan ckp "yelaa....taulaa indie tapi ko main music apa?" haaa...nampak?padahal si penjawab tu dh jawab dgn betul dh....jadi utk tidak mewujudkan konflik ni,semua org kena tau perbezaan music indie dan indie band...ok!
-kalo ada apa2 yg perlu aku tambah,aku akan tambah nanti....mngkn ada yang aku tertinggal....
dan kepada sesiapa yang nak menambah silakan dan kepada sesiapa yang nak memperbetulkan apa yang aku cakap tu pun silakan....tak jadi masalah...ok :)
sekian, TERIMA KASIH...
Wednesday, November 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment